LEBIH REALISTIK

EH (Malaysia) - - Rambut -

MINIMUMKAN PENDEDAHAN PADA HABA

Cuba serap air pada rambut sebanyak yang boleh dengan tuala terlebih dahulu. Rahsianya, lebih sedikit air pada rambut kuranglah kerosakan yang bakal dialami.

SYAMPU DENGAN BETUL

Basahkan rambut sebetulnya sebelum bersyampu, lebih basah rambut maka lebih sedikit penggunaan syampu, rambut pun tidak mudah rosak walaupun dicuci setiap hari.

Kedua, sewaktu mencuci tumpukan pada bahagian pangkal rambut kerana di situlah tempat penghasilan minyak yang berlebihan.

PENJAGAAN PERLULAH BETUL

Apabila mewarnakan rambut, tanggungjawab anda pada rambut adalah dua kali ganda. Pastikan anda menggunakan syampu khas untuk rambut berwarna, dan elakkan mencuci rambut terlalu kerap.

GAYAKAN DENGAN BERHATI-HATI

Gunakan alat penggaya rambut yang diperbuat daripada seramik, bukannya besi. Gunakan produk yang berupaya melindungi rambut daripada haba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.