MENYERLAH DI TAHUN BARU

Mulakan tahun ini dengan penampilan yang lebih berani dan ceria. Mainan rona memainkan peranan penting dalam menyerlahkan penampilan.

EH (Malaysia) - - Ubah Gaya -

Hana menjadi intan terpilih membuka lembaran baru untuk Ubah Gaya tahun ini.

Orangnya tampak pemalu namun bila di hadapan kamera, aksinya begitu mempesonakan. Hadir ke studio ringkas berblaus flora, boleh dilihat gayanya tidak begitu menekankan pada rona, jadi sesuailah untuk tema ubah gaya kali ini yang mana rona-rona terang dipilih untuk menyerlahkan lagi penampilan. Kata Hanna, dia jarang menggunakan rona-rona terang kerana bimbang akan tampak lebih berisi, ternyata sangkaannya meleset. Gabungan yang tepat dapat menghasilkan gaya yang cukup menyerlah dan menawan. Lihat saja gaya Hanna beraksi di hadapan kamera, cukup sempurna!

“Kata Hanna, dia jarang menggunakan rona-rona terang kerana bimbang akan tampak lebih berisi, ternyata sangkaannya meleset.”

Nama: Hanna Abdul Umur: 20 tahun Pekerjaan: Pelajar Tinggi: 161cm Berat: 53kg Asal: Kuala Lumpur

SIAPA DIA?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.