KEKALKAN KESEGARAN KULIT

Bila mana kulit terasa kering dan solekan kian berminyak, facial mist menjadi penyelamat!

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

SOALAN: Apakah sebenarnya Shahirah, fungsi facial mist? - Subang Jaya

Ramai yang menganggap penggunaan facial mist atau semburan wajah tidak memberi efek atau kurang penting berbanding pelembap dan sebagainya. Ada juga yang berpendapat ia tidak berbaloi untuk dibeli memandangkan harga penyembur wajah ini rataratanya bukanlah murah. Buang sangkaan tersebut, kerana anda bakal mengetepikan satu produk yang mungkin menyelamatkan kulit anda tatkala ia kian kepenatan. 1Sebagai

Permulaan

Semburan wajah mempunyai banyak manfaat. Ia sebenarnya mengandungi banyak bahan-bahan penting seperti tabir suria, antioksidan, mineral laut, lidah buaya, pelembap, air, dan mineral yang memberikan nutrisi bagi melindungi kulit. Sebelum memulakan solekan, penggunaan semburan wajah membantu mempertahankan kelembapan kulit lantas mengekalkan solekan agar tahan lama. Malah ia juga membantu untuk mengatasi masalah solekan yang tampak ‘keras’ yang terjadi akibat kulit kering mahupun berminyak. Penggunaan semburan wajah yang sempurna adalah sebelum dan selepas selesai bersolek. 2Tip

Memakai Penyembur Wajah

Semburkan penyembur wajah, tepuk perlahan-lahan pada kulit sehingga meresap di wajah, atau biarkan sehingga kering. Oleskan pelembap bagi menyediakan kulit lembap sempurna.

Ketika memulakan solekan, dan anda ingin kelembapan maksimum, cuba semburkan penyembur wajah terlebih dahulu pada span dan kemudian tekapkan pada wajah. Anda juga boleh gabungkan bersama bedak asas, agar solekan tampil lebih semula jadi. Pastikan juga penggunaannya tidak berlebihan, cukup sekadar tiga kali sehari.

Bagi anda yang memiliki kulit sensitif, perhatikan dahulu bahan-bahannya, sesetengah bahan tidak sesuai buat kulit sensitif contohnya mineral, ia mungkin membuat kulit merengsa dan kemerahan. 3Kelebihan

Memakai Penyembur

Wajah Selain menghasilkan kulit yang segar dan lembap, penyembur wajah juga berkesan dalam mengecilkan liang pori-pori. Ia sebenarnya punya fungsi yang sama seperti penyegar (toner) cuma ia hadir dalam bentuk yang lebih mudah dibawa dan mudah dipakai bila-bila masa.

SISLEY FLORAL SPRAY MIST RM280

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.