DI SEBALIK BINGKAI MONO DESIGN

EH (Malaysia) - - Fail Gaya -

Setiap bingkai cermin mata Mono Design menggunakan plastik yang dikenali sebagai

Beta-plastic, iaitu polimer yang mempunyai kandungan bahan tahan panas dan haba. Jadi walaupun anda tertinggal cermin mata di dalam kereta sewaktu matahari terik, bingkai masih kekal dalam bentuk yang sama. Selain itu, warna bingkai tidak mudah pudar kerana ia mengandungi bahan tahan kimia.

Bahan ini menjadi kegemaran ramai berbanding Polyamide atau Acetate kerana ketebalannya hanya 1.2mm dan berat bingkai adalah bawah 10gram. Ia ultra ringan lantas menghasilkan pemakaian cermin mata dalam jangka masa lama yang lebih selesa.

Penghasilan Beta-plastic melalui proses inovatif yang dikenali sebagai proses CNC (Computerised Numerical Control). Ia dihasilkan oleh Humax Optic, kekenyalan dan kualiti tahan lama Beta-plastic dikekalkan agar setiap bingkai dapat direka tanpa sebarang batasan dengan pelbagai rekaan menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.