Destinasi Terbaru Coach di The Gardens

MENAMBAH RUANG YANG LEBIH BESAR, PADAT DAN SEMESTINYA PILIHAN YANG MENJAMIN KUALITI.

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Bagi memenuhi kehendak para penggemar jenama Amerika Syarikat yang telah diperkenalkan sejak 1941 ini, Coach membuka ruang butik yang lebih besar iaitu seluas 2411 kaki persegi di The Gardens. Butik konsep yang terletak di aras bawah ini cukup strategik iaitu terletak di hadapan pintu masuk The Gardens melalui jalan tengah yang menghubungkan Mid Valley.

Butik baru ini direka oleh Kumpulan Arkitek Coach, dengan panel signature logo C kaca yang digabungkan lakuer putih. Ditambah pula salutan keluli tahan karat, ia menyerlahkan lagi kemewahan butik ini. Butik konsep Coach ini menghidangkan barisan pakaian lelaki dan perempuan termasuk aksesori wanita seperti beg tangan, barangan kulit kecil, barang kemas, kasut, jam tangan serta kaca mata hitam. Bagi memenuhi permintaan jejaka Coach, pelbagai pilihan aksesori seperti beg, kasut dan pakaian luar disediakan untuk mereka. Butik baru Coach ini turut melancarkan koleksi Coach + Billy Reis dan beg Harper Triple Zip yang hanya dijual secara eksklusif di butik Coach di The Gardens.

Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar, Coach South East Asia, Andrew Stanleick, aspirasi, gaya serta tawaran produk berkualiti tinggi untuk pengguna Malaysia menjadi nadi kepada keyakinan Coach untuk membawa konsep runcit moden ini ke tahap yang lebih luas di negara ini. Bagi anda yang masih tercari-cari aksesori mesti milik tahun 2014, kunjungan anda ke sini pastinya membuka laluan untuk anda lebih mencintai beg tangan mewah!

SCHA ALYAHYA NAZIM OTHMAN DEBORAH HENRY

NADIYA NISAA

ANDREW STANLEICK & LEE HOM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.