Sentiasa Ada Masa Untuk Cinta

Walaupun sudah 11 tahun berumah tangga, pasangan Sharifah Shahira dan Ijoy tidak lupa untuk luangkan masa bersama bagi mengukuhkan lagi cinta mereka berdua. Ikuti kisah percintaan Shahira dan Ijoy yang penuh inspirasi bersama Solvil et Titus.

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Cinta seringkali digambarkan sebagai perasaan yang dikongsi antara dua insan yang serasi dan sama karakternya tapi bagi Shahira dan Ijoy, cinta berputik dari kelainan yang ada pada mereka berdua. Shahira seorang yang suka berceloteh manakala Ijoy pula seorang yang lebih pendiam. Tetapi kelainan itu menjadi kunci ketelusan cinta mereka.

“Ijoy akan sentiasa bersama saya ke mana jua. Tak kira untuk kerja ataupun ke majlis. Masa yang diluangkan bersama setiap hari membina cinta kami berdua,” jelas Shahira.

Bagi Shahira dan Ijoy, komunikasi dalam sebuah perhubungan begitu penting dan menjadi asas untuk membina hubungan yang baik dan kekal lama.

“Saya sentiasa sibuk memenuhi jadual kerja, tetapi saya bersyukur Ijoy sentiasa di sisi saya dan kami gunakan masa ini untuk memupuk persefahaman supaya cinta lebih telus antara kita,” kongsi Shahira.

Sememangnya bagi pasangan Shahira dan Ijoy, cinta itu bererti masa yang diluangkan bersama keluarga dan rasa hormat antara satu sama lain.

“Cinta bukan ertinya harta benda tetapi cinta itu keluarga dan masa yang kami luangkan bersama dengan mereka. Itulah erti cinta pada kami,” jawab Shahira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.