IFF MENITI KONSEP ‘LONDON - PARIS - NEW YORK’

MEMPERSEMBAHKAN REKAAN SERTA HUBUNGAN ERAT PEREKA PELBAGAI NEGARA, IFF PUNYA MISI TERSENDIRI DALAM MEMACU FESYEN YANG LEBIH UNIVERSAL.

EH (Malaysia) - - Pentas Peragaan -

Berlangsung selama tiga hari di hotel JW Marriot, Islamic Fashion Festival sekali lagi membariskan himpunan pereka lokal memberi pengalaman yang amat mengujakan. Saya percaya bukan mudah merealisasikan satu himpunan yang ‘bertutup’ dan ini memerlukan imaginasi tinggi sekali gus memastikan setiap helaian tampil praktikal, unik dan tidak pelik.

Sejajar dengan objektif yang mahu ditonjolkan oleh pengemudinya iaitu Datuk Raja Rezza Shah, pentas ini dicipta untuk pencinta fesyen Muslimah yang fashion foward. Sekaligus, membuka ‘mata luar’ bahawa fesyen Muslimah tidak konservatif. Ini terbukti pabila beliau menerima komen yang sangat positif sewaktu mementaskan minggu fesyen ini di Paris tahun lalu. Malah, beliau turut berkesempatan menemukan tiga pereka IFF kali ini bersama Pengarang Fesyen British, Suzy Menkes agar inti pati IFF lebih jelas dan difahami.

Hadir pada malam kedua acara ini untuk pementasan Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Calvin Thoo dan Farah Khan. Rata-rata, pereka menggunakan material yang hampir sama tapi diolah dalam rekaan tersendiri. Fabrik labuci menjadi tunjang rekaan dan kesemua himpunan yang dipentaskan malam itu tampak segar. Nyata projek memartabatkan fesyen Muslimah ini di tidak dipandang enteng oleh pereka dan penggerak industri lokal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.