Inovasi Fesyen DAN MUZIK

EH (Malaysia) - - Lensa Kamera -

Berlangsung megah di Nokia Theatre L.A Live di Los Angeles, California, American Music Awards ini diadakan bagi meraikan kehebatan muzik Amerika. Menginjak 2014, mereka hadir dalam busana rekaan segar dan unik hasil pereka yang menunjukkan kreativiti dan identiti masing-masing.

JORDIN SPARKS Busana daripada Jovani Couture yang dipenuhi dengan perincian emas. Penuh di bahagian atas dan polos di bawah dengan dihiasi kasut bertali Schutz.

CIARA

Busana penuh dengan paten grafik memperlihatkan sedikit kulit tanpa terlalu mencuba untuk kelihatan seksi. Rekaan J. Mendel daripada koleksi musim bunga 2014. ZOE SALDANA Gaun rekaan Roland Mouret koleksi musim bunga 2014 dan padanan sandal Jimmy Choo.

KATY PERRY Memilih gaun kembang dengan cetakan polka dot kecil Oscar de la Renta koleksi musim bunga 2014. Suka benar dengan beg kepit uniknya ilham Olympia Le-Tan.

RIHANNA Pemenang anugerah ‘Favourite Soul/R&B Artist’ ini menyarung gaun seksi Jean Paul Gaultier koleksi couture musim bunga 2013. Dihiasi aksesori Lynn Ban and Repossi serta Alex Mika.

TAYLOR SWIFT

Bagai sentuhan Midas, dia memilih gaun pendek rona emas Julien Macdonald koleksi musim luruh 2013 dan sandal Jimmy Choo.

HEIDI KLUM Bagai ada yang tidak kena dengan pemilihan busana Marchesa koleksi musim bunga 2014. Antinganting Lorraine Schwartz dan kasut Brian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.