PERSEMBAHAN HEBAT

EH (Malaysia) - - Lihat + Dengar + Baca -

Majlis dibuka dengan gerak tari hebat oleh Wakaka Crew. Persembahan tarian yang bertenaga mengundang sorakan para tetamu sekali gus membuatkan adrenalin majlis bergerak cukup pantas.

Persembahan nyanyian oleh Nadia Hasnan sebagai penyanyi pertama yang berlagu di pentas EH! pada malam tersebut mencuri tumpuan. Kelantangan suaranya menjadi perhatian. Pentas turut diserikan dengan persembahan Kaka dengan alunan suaranya yang cukup tersendiri.

Majlis turut dihangatkan dengan pertunjukan fesyen oleh Dressing Paula yang tampil mementaskan koleksi musim bunga/panas 2014, jam tangan dan kamera terbaru Casio. Casio turut membawakan persembahan instrumental yang disempurnakan oleh Ng Hui Lin.

Pentas turut dihangatkan dengan beberapa permainan untuk pembaca seperti ‘Dance Like Me’, yang mana para pembaca perlu menari menurut gerak tari yang ditunjukkan oleh Wakaka Crew. Kelima-lima pembaca EH! yang cukup sporting di atas pentas berjaya membuat seluruh Vertigo gegak gempita dengan sorakan. Turut ada game ‘Make Over’ yang mana Anding, Johan As’ari dan Iz diundang ke pentas untuk menyolekkan tiga pembaca EH!, dengan menggunakan rangkaian alat solek Lancome.

Acara penting pada malam tersebut tentulah sesi pemberian potret dan bingkisan dari penaja buat para selebriti EH! 20 yang Anggun & Disenangi 2013. Pengurus Jenama Lancome, Tanguy Le Baud diundang ke pentas untuk menyempurnakan sesi ini.

Majlis ditutup dengan persembahan mantap Shila Amzah dengan dua buah lagu, Masih Aku Cinta dan Wrecking Ball nyanyian asal Miley Cyrus. Kesimpulannya, semua yang hadir ke Parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi tahun ini tersenyum puas. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis terutamanya buat pembaca setia EH! dan syabas buat Linda Onn yang mengendalikan majlis dengan jayanya.

Selebriti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi bersama Pengurus Jenama Lancome, Tanguy Le Baud

Ng Hui Lin

Persembahan pembukaan Wakaka Crew

Kaka

Shila Amzah

Nadia Hasnan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.