CORAT-CORET

EH (Malaysia) - - Lihat + Dengar + Baca -

Hanez Suraya menjadi selebriti pertama yang hadir ke majlis tahun ini. Dia tampil elegan dengan gaun pendek kembang ilham Wanpa.

Kebanyakan tetamu EH!, khususnya para pengiklan yang berbangsa Cina menunggu sehingga majlis tamat kerana mahu melihat persembahan Shila Amzah.

Tiket Parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi tahun ini adalah paling laris dijual dalam sejarah EH!

Tasha Shilla dan Shah Iskandar tidak dapat hadir ke parti tahun ini kerana punya penggambaran di Cambodia.

Qi Razali dan Nelydia Senrose awal-awal lagi sudah mengesahkan kehadiran mereka namun terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana nenek Nelydia meninggal dunia pada hari yang sama.

Yana Samsudin juga terpaksa membatalkan kehadirannya saat akhir kerana terpaksa pulang ke Johor melawat neneknya yang dimasukkan ke hospital.

Kehadiran Nur Fazura menjadi perhatian ramai malah pengacara malam tersebut Linda Onn sempat memanggil penerima anugerah Hot Chick di Shout Awards ini naik ke pentas untuk melakukan ‘catwalk’.

Hampir 500 gambar dengan hashtag #ehang gundise nangi13 dimuat naik ke instagram sempena parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi tahun ini.

Biarpun tiba lewat namun Dynas dan Awal Ashaari tetap hadir memberi sokongan kepada EH! Terima kasih diucapkan.

Biarpun majlis tamat jam 10.30 malam, hanya jam 11.30 baru suasana perkarangan Vertigo lengang kerana ramai pembaca EH! menunggu di luar untuk bergambar dengan para selebriti yang keluar meninggalkan majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.