PELAYARAN SOLO

Pertama kali EH! berlayar di atas cruise mewah Superstar Libra menikmati pengalaman tiga hari dua malam menyusuri Pulau Pinang, Krabi dan Phuket.

EH (Malaysia) - - Melancong -

Jemputan berlayar menerusi acara Goin’ Solo: Cruise With Style yang dibawakan Hwajing Travel & Tours ini bermula dengan penerbangan ke Pulau Pinang. Di sana saya bersama hampir dua puluh media lain diberi peluang merasai pengalaman berlayar dengan kapal mewah Superstar Libra. Menurut wakil Hwajing, Goin’ Solo: Cruise With Style ini diperkenalkan untuk memenuhi semua keperluan mereka yang gemar melancong sendirian. Ia merupakan satu-satunya pakej percutian secara solo pertama yang ada di sini.

Hari pertama berlangsung dengan beberapa aktiviti free and easy. Senja 27 Oktober yang lalu kami semua berkumpul di Pool Deck bagi acara pengenalan yang mana kami dihiburkan dengan persembahan live band dengan jamuan bufet yang memenuhi ruang Pool Deck Libra Superstar. Usai berehat seketika kami seterusnya dibawa ke Stardust Lounge untuk menonton persembahan silap mata.

Seawal jam 8.30 pagi kami berkumpul kembali di Pool Deck bagi mengikuti kelas Body Combat yang dikendalikan oleh dua jurulatih daripada Celebrity Fitness. Hujan renyai yang mengiringi pagi kami tidak menghalang semua untuk turut serta dalam aktiviti ini. Jam 12.30 tengah hari kami tiba di pelabuhan Phuket. Hujan lebat sepanjang hari membataskan aktiviti kami namun itu nyata bukan alasan untuk tidak melakukan apa-apa. Saya bersama rakan media lain menghabiskan masa yang ada dengan mencuba servis urut yang cukup banyak di sepanjang jalan utama di sekitar Phatong. Dengan hanya membayar sekitar RM30 anda mendapat urutan kaki dan leher selama satu jam yang cukup menyamankan. Buat pengetahuan semua, kapal Superstar Libra ini akan berhenti selama lebih kurang dua belas jam di Phuket dan anda harus peka dengan masa kerana tepat jam 12 tengah malam kapal ini akan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Krabi.

Hari ketiga kami di Krabi dihabiskan dengan berjalan sekitar pulau ini. Mujur cuaca cerah sepanjang hari membenarkan kami untuk menikmati pemandangan laut yang cukup cantik membiru. Di persekitarannya dipenuhi kedai-kedai yang menjual cenderahati serta kafe-kafe yang boleh anda habiskan masa beristirahat dengan penuh ketenangan. Kami tidak menghabiskan masa yang lama di Krabi kerana beberapa agenda di atas telah diatur antaranya malam gala buat semua pelancong.

Pelayaran ini sebenarnya sesuai jika anda mahukan kembara terancang dalam masa singkat tanpa perlu memikirkan apa yang perlu anda lakukan. Semua kelengkapan disediakan di atas kapal terutama makanan yang tanpa putus dari sarapan sehingga makan tengah malam. Namun jika anda mahukan percutian penuh cabaran mungkin berlayar dengan pelayaran mewah ini bukan untuk anda. Namun, pada saya peluang menaikinya juga satu pengalaman yang baik sebagai pelengkap pasport kembara anda.

Pulau Krabi

Persinggahan pertama di Pulau Phuket.

Upper Deck, Superstar Libra.

Santa

i di Krabi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.