Joe Chia:

PENCETUS RADAR BARU INDUSTRI FESYEN LOKAL DEDIKASI SERTA KEUNIKAN CITA RASANYA MENJADIKANNYA ISTIMEWA, LARI DARI KEPOMPONG BIASA.

EH (Malaysia) - - Kata Pereka -

1Bagaimana

anda bermula dan ceritakan tentang latar belakang

pendidikan anda? Ibu bapa memberi pengaruh yang sangat besar dalam karier saya hari ini. Mereka membawa saya ke flea market, bukannya ke pusat beli-belah. Di sinilah kami meneroka sehingga menjumpai sesuatu yang benar-benar menarik perhatian saya yakni sesuatu yang boleh diubah suai dan digilap. Saya mahu menjadi lain dari yang lain, cuba membuat sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Melukis pula adalah hobi saya dan pernah mengambil kelas seni asas sebaik tamat sekolah menengah. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di Raffles Design Institute dalam jurusan fesyen. Pernah memenangi anugerah sempena koleksi akhir tahun dan pernah juga terfikir untuk melanjutkan pelajaran di Singapura. 2Falsafah

fesyen anda?

Mahu mereka seni mudah pakai. 3Identiti

Joe Chia Monotonous, edgy with a twist, dan immortal. 4Berapa

banyak koleksi yang sudah dikeluarkan? Kami mempunyai 3 Chapters (koleksi) kesemuanya. 5Jadi,

yang mana satu menjadi kegemaran anda?

I’ve yet to have a favourite piece. Setiap helaian adalah unik dan menyimpul cerita yang berlainan. 6Bukan

mudah mahu menjadi pereka fesyen. Jadi bagaimana bentuk cabarannya?

Cabaran terbesar

sebagai pereka yang mengusahakan perniagaan sendiri sudah tentu modal. Bajet kami agak terhad terutamanya dalam menghasilkan koleksi baru. Justeru, saya perlu bijak mengatur belanjawan. 7Siapa

gadis Joe chia? Seorang yang sedar akan kewujudan istilah ‘individu’. Dia seorang yang sleek, hypermoden dan effortlessly elegant. Gadis Joe Chia juga faham tentang idea dan ‘dunia’ yang cuba kami sampaikan. Mereka sukakan sesuatu yang segar, mencintai seni mudah pakai, cintakan rona hitam tetapi bukan yang menjurus kepada kesedihan tetapi lambang peribadi yang kuat. 8Apakah

respons terbaik yang pernah anda terima?

Saya seorang yang sangat positif. Malah dengan hanya dengan hashtag #JoeChia di Instagram sudah cukup menjadi motivasi. Selebihnya, saya sangat menghargai setiap kata-kata yang diterima daripada pembeli Joe Chia. 9Ceritakan

serba sedikit mengenai kolaborasi dengan syarikat gergasi Uniqlo.

Kolaborasi bersama Uniqlo menerusi rangkaian UT ini merupakan pembuka jalan bagi label kecil seperti Joe Chia untuk pasaran yang lebih besar. Rekaannya menterjermahkan identiti kami yang hypermoden, minimal with a twist, monokrom dengan signature UT yang terkenal dengan helaian yang selesa tetapi unik. Objektifnya adalah untuk menjual kombinasi antara identiti, stylish dan keselesaan. 10Obsesi anda? New black and always new black. 11 Kongsikan projek terbaru Joe

Chia. Butik pop up bersama Artisan Coffee di Telawi Bangsar. Kami mahu pelanggan datang menikmati kopi dan juga boleh membeli-belah. 12Resolusi 2014?

Kerja kuat dan punya hubungan baik dengan semua orang. 13Tip

gaya 2014? Sentiasa jadi diri sendiri dan berkeyakinan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.