Usah Menurut Nafsu

BAIK LELAKI MAHUPUN WANITA, ONANI PERLU DIELAKKAN ARAS DASAR KESIHATAN MAHUPUN MORAL HIDUP.

EH (Malaysia) - - Seks -

DEFINISI ONANI

Adalah aktiviti yang dilakukan sendiri bagi merangsang alat sulit, tidak kira lelaki mahupun wanita untuk mencapai klimaks. Kadang-kala, peralatan seks juga digunakan bagi melancarkan proses onani seperti pelincir atau vibrator.

SIAPA

Kebanyakan mereka yang melakukan onani adalah mereka yang belum berkahwin atau pasangan tidak bersedia atau tidak berminat untuk melakukan hubungan seks. Mereka tidak dapat menahan keinginan akibat pendedahan melampau terhadap video atau filem lucah atau godaan daripada pasangan.

KESAN BURUK

KETAGIHAN KETAGIHAN Bagi mereka yang terlalu kerap beronani, ia akan menjadi ketagihan kronik bilamana anda menginginkan kenikmatan itu setiap masa, termasuk ketika melalui jadual harian. Terbayang aktiviti seksual dan menjadikan anda hilang fokus.

LETIH Ia menyebabkan kehilangan nutrien dalam badan sekaligus menjadikan badan anda mudah letih dan tidak bermaya. GANGGUAN SARAF REFLEKSOLOGI Tahukah anda, setiap saraf bahagian alat sulit, tidak kira lelaki mahupun wanita berkaitan dengan saraf refleksologi organ badan yang lain? Contohnya, zon mulut faraj berkaitan buah pinggang manakala zon liang faraj pula mempengaruhi kesihatan pankreas dan hati. Kerana itu, ditakdirkan wanita dan lelaki melampiaskan nafsu pada jalan yang betul dengan memasukkan zakar ke dalam lubang faraj. Jika beronani, anda hanya fokus pada satu kawasan dan menyebabkan gangguan sistem pada organ badan yang berkaitan.

MENDATANGKAN PENYAKIT Bagi wanita yang kuat beronani, mereka menyimpan banyak bendalir dalam badan kerana gangguan saraf buah pinggang yang menyebabkan saluran perkumuhan terganggu. Ini menyebabkan berat badan bertambah tanpa kawalan.

CUBA UNTUK ELAK

Seperti yang diketahui, onani adalah perbuatan yang mengundang kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal, malah ditentang oleh agama Islam sendiri. Ada banyak cara bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terus hanyut melayan perasaan dan nafsu. Antaranya, sibukkan diri dengan melakukan perkara lain. Hobi seperti memasak menu baru, berkebun serta menghabiskan bersama teman untuk keluar berjoging adalah perbuatan fizikal yang menjadikan anda kekal sihat. Badan yang penat menyebabkan anda perlu mendapatkan rehat yang mencukupi ketika malam lalu mengelakkan diri daripada khayal melayan perasaan. Hormon yang tidak perlu juga dikeluarkan dengan mudah bersama peluh.

Luangkan lebih masa bersama keluarga dan teman-teman, elakkan menyendiri. Selain itu, jauhi daripada menonton video atau filem yang mungkin mengundang godaan nafsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.