Minat Vs Kerjaya

RAMAI DARIPADA KITA MEMASANG ANGAN-ANGAN MEMILIKI KERJAYA YANG MEMBERI JAMINAN MASA DEPAN DAN PADA MASA SAMA MAHU MENYEMPURNAKAN IMPIAN. NAMUN REALITI ADAKALANYA BERBEZA DENGAN ANGAN-ANGAN ANDA.

EH (Malaysia) - - Kerja -

Anda terikat antara minat dan masa depan. Bidang kerjaya yang anda ceburi sekarang menjamin masa depan yang baik dari segi kewangan. Manakala apa yang anda mahukan belum tentu menjanjikan hal tersebut, namun anda tahu anda akan puas jika dapat lakukannya. Keliru dan berbelah bagi? Ikut panduan mengatur minat yang mampu menjamin masa depan yang baik.

Pengalaman saya menemu ramah beberapa individu berbeza menemukan saya dengan ramai individu yang memilih bidang kerja yang jauh berbeza dengan ilmu yang ditimba di institusi tinggi. Hal ini mencipta satu formula – Anda hanya akan bahagia dengan apa yang anda mahu lakukan. Melakukan apa yang anda mahukan dan pada masa sama melakukan rutin harian kerja di pejabat menuntut pengorbanan masa juga dedikasi yang cukup tinggi. Dan hakikat hidup di dunia moden yang mana masa 24 jam bagai tidak mencukupi dan terbatas, membuatkan anda memilih untuk kekal dengan apa yang anda lakukan.

REALITY CHECK!

Jika anda mahu menukar bidang kerja, fikir dan pertimbangkan kembali jika hal itu sesuatu yang realistik atau sebaliknya. Jika sekadar mahu mencuba-cuba lupakan niat anda. Ini kerana kerana jika anda mencuba dan melakukannya separuh hati tiada apa yang boleh membuat anda gembira dengan bidang baru yang dipilih. Cuba nilai kembali dengan melihat pernyataan di bawah:

Kelebihan sepanjang anda bekerja di tempat kerja sekarang.

Senaraikan pro dan kontra sepanjang anda bekerja.

Bandingkan kelebihan serta kekurangan jika anda menukar bidang kerja.

Senaraikan kemungkinan yang boleh terjadi.

Apa yang penting adalah merancang dengan bijak. Usah tinggalkan terus kerjaya yang anda lakukan sekarang. Sebagai permulaan, lakukan secara sambilan. Kumpul kenalan dan lebarkan jaringan. Bermula dengan mengenal ramai orang anda mampu melihat lebih banyak peluang dan kemungkinan yang ada. Dan kunci utama dalam melakukan apa yang anda mahu capai adalah kesabaran serta kesungguhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.