CERITA TENTANG PERASAAN

Cerita tentang perasaan, kemahuan dan segala bentuk penipuannya.

EH (Malaysia) - - Anda & dia -

TEORI PERASAAN

Dalam buku tulisan Thomas Lewis, A General Theory of Love, dia menyatakan perasaan ingin memiliki itu dikawal oleh emosi dan kebanyakan kita lupa untuk menggunakan logik akal dalam penilaian. Apa yang akan dilakukan adalah mencuba semampu mungkin mencapai apa yang dimahukan oleh perasaan. William James, seorang ahli psikologi memberitahu perasaan dalam diri manusia bergantung kepada penerimaan mereka tentang sesuatu hal. Jika anda rasakan ia sesuatu yang betul maka anda akan menerimanya dengan sepenuh hati. Apa yang jelas kedua-dua pernyataan ini menyimpulkan bahawa perasaan sebetulnya tidak dikawal oleh logik akal tetapi emosi juga keinginan. Bila percaturan yang dibuat salah barulah akal berfungsi. Klise sekali tetapi begitulah kebanyakan manusia hari ini.

Lihat sahaja bila seseorang itu sedang marah. Jarang mereka boleh tenang menghadapi situasi dengan cara yang betul. Kalau tidak keluarkan semua kemarahan secara verbal, berderetlah kiriman Twitter atau status Facebook di update. Ramai daripada

anda yang patah hati akan memilih untuk kekal dalam zon tersebut dan menurut Sarah Sloat kebanyakan wanita selesa dalam zon ini kerana mereka betul-betul merasakan mereka faham akan perasaan ketika itu. Tetapi adakah selama-lamanya anda mahu berada dalam zon tersebut? Tanpa melangkah menjadi manusia yang lebih baik?

BILA PERASAAN ANDA MENIPU DIRI?

Tulisan David P. Nolte dalam Three Good Reasons You Can’t Trust Your Feelings – Perasaan manusia sering berubah-ubah bergantung pada situasi, kestabilan diri dan faktor persekitaran yang lain. Tambah David, perasaan yang ada tidak semestinya betul. Anda mungkin jujur dengan perasaan yang ada tetapi perasaan yang ada mungkin bukan sesuatu yang betul. Kejujuran dan kenaifan tidak menciptakan kebenaran dan kadang-kadang ia boleh mengaburi mata anda dengan khayalan semata. Perasaan dalam diri sebenarnya mampu menjadi musuh terbesar anda sendiri.

APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA PERANG PERASAAN MENGUASAI DIRI?

Berbalik pada kisah Alia tadi, dia tahu bahawa cintanya ditolak. Yang tinggal hanya tanda tanya kenapa. Perang perasaan tercipta dalam dirinya dan ini bukanlah sesuatu yang bagus. Silap hari bulan ia boleh mengganggu hidup secara keseluruhan baik kerja mahupun emosi. Namun ada beberapa cara untuk anda feel better and move on.

• UNHEALTHY THOUGHT

Fikirkan beberapa perkara yang buat anda tidak senang dengan mereka. Cara mereka melayan anda atau hal-hal seperti tolak ansur dan siapa yang lebih dominan. Jangan menidakkan realiti kerana ia akan membuat anda hanyut dalam keinginan diri sendiri semata. Tiada faedah diingat semua hal-hal indah yang pernah dilalui bersama kerana ia hanya akan menambah luka dalam diri.

• FAHAM SITUASI

Jika diikutkan apa yang dilakukan oleh Sham kepada Alia memanglah tidak adil buat gadis ini. Namun boys will always be boys. Tiada apa yang boleh anda lakukan jika mereka mahu kekal atau pergi begitu sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah belajar untuk tenang, kuat dan terima apa yang terjadi seadanya. Sesuatu perhubungan tidak akan berjaya jika hanya sebelah pihak sahaja yang betulbetul menginginkannya.

• KENALI DIRI

Nikki Bailey menulis “Find me after we – kegagalan dalam perhubungan akan memberi satu visi kabur tentang apa yang terjadi. Tetapi percayalah setelah semuanya okey anda akan faham mengapa mereka yang meninggalkan anda tadi bukanlah yang terbaik untuk diri anda.” Tambah Bailey hal ini adalah satu proses normal yang mematangkan diri setiap individu secara perlahan-lahan.

• BUKALAH KALAM BARU

Tutup buku lama dan karanglah cerita yang baru. Jika dia benar-benar tercipta untuk anda, masa akan menjawab. Jangan terburu dalam memulakan perhubungan yang baru, belajar daripada kisah yang lepas supaya kali ini perasaan yang ada dapat dikawal akal fikiran bukan emosi semata-mata. Ingat lagi bait lirik Waterfalls oleh TLC? – “Don’t go chasing waterfalls. Please stick to the rivers and the lakes that you’re used to.” Hidup ini terlalu rugi untuk dibazirkan dengan mengenang apa yang tidak mampu anda miliki. Hargailah apa yang anda miliki sekarang.

“KESEDIHAN DALAM HIDUP MUNGKIN BUKAN KISAH YANG ANDA INGIN LALUI NAMUN IA MERUPAKAN PELAJARAN UNTUK SATU KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK” – ANNE HATHAWAY

Shila Amzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.