SITUASI:

EH (Malaysia) - - Anda & dia -

Alia, 21 – bertudung, manis orangnya tapi tidaklah pakainya semoden gadis urban lain. Relaks dan rapi. Jatuh cinta dengan Sham yang tampan, penuh karisma dan digilai. Masakan tidak, follower di Instagram sahaja sudah capai 1K sekalipun hanya penuh dengan gambar #selfie dan aktiviti hariannya di gim. Alia ini kiranya gadis underdog yang mudah dilepas pandang oleh mana-mana lelaki. Ceritanya bermula bila Alia menaruh hati pada Sham dan apa yang boleh dilakukan hanyalah diam mengharap. Sehinggalah satu hari Sham mendapat tahu bahawa Alia ada hati padanya. Kebetulan pula Sham baru saja putus dengan Aisya jadi dia cuba jugalah keluar bersama Alia. Seminggu dua pertemuan bermula dengan satira indah yang bagai menjanjikan masa depan yang baik buat kedua mereka. Until the silence take their roles. Alia bingung sendiri dan bertanya jika Sham betulbetul sukakannya atau sekadar sukasuka memberi false hope. Tiada lagi pertemuan istimewa, kiriman WhatsApp dibalas sepi dan Alia makan hati. Dia tahu cintanya ditolak cuma persoalannya mengapa? Dan apa yang harus dia lakukan? Pergolakan perasaan mencari jalan penghujung.

Manusia memang mudah jatuh cinta terutama bila mereka terlalu menginginkannya. Kisah Alia yang anda baca tadi satu daripadanya. Hendak salahkan Sham, lelaki sifatnya memang begitu, itu alami mereka tetapi jika anda sebagai wanita kalah dengan perasaan maka patah seribulah jawabnya. Dalam satu artikel tulisan Annalee Newitz bertajuk Fall Out With Somebody dia menulis “Hal berhubung perasaan adalah sesuatu yang di luar kawalan manusia. Realitinya akan berbeza kerana itu jangan sesekali percaya pada perasaan suka yang ada dalam masa yang singkat.” Ada kebenaran dengan apa yang ditulis Annalee, kebanyakan gadis hari ini mudah jatuh hati tanpa perlu alasan yang betul. Cukup sekadar percaya pada perasaan semata-mata akhirnya memakan diri. Jika setakat terjerat perasaan tidak mengapa, ada kes habis duit dibawa lari dan maruah diri dicabuli serta ditinggalkan begitu sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.