Sajian Asli Itali

MAHU MENIKMATI HIDANGAN ITALI AUTENTIK DI MALAYSIA? EH! BAWAKAN ANDA KE MICHELANGELO.

EH (Malaysia) - - Santai Kota -

Pasti ramai warga kota yang tahu mengenai Michelangelo’s Restaurant and Bar di tingkat tiga pusat beli-belah terkemuka Kuala Lumpur, Pavilion. Kini, restoran yang menyajikan hidangan autentik Itali itu berwajah baru dengan dekorasi yang lebih mewah dan tersendiri berserta barisan menu yang cukup membangkit selera.

Pelanggan kini boleh menikmati hidangan mereka di tiga bahagian utama. Bagi mereka yang suka melihat kesibukan orang ramai di laluan pejalan kaki, anda boleh menikmati hidangan di bahagian luar yang disediakan dengan kerusi rekaan antik seakan berada di restoran di Itali. Untuk mereka yang ingin menikmati koktel dikelilingi arca simbol Michelangelo, mini bar dengan rekaan moden di bahagian dalam restoran boleh dijadikan tempat santai bersama rakan. Dan kawasan yang paling eksklusif adalah ruang makan yang diterapkan elemen seperti berada di rumah, dan perabot-perabot mewah ini dibawa khas dari Itali.

Selain itu, Michelangelo’s Restaurant and Bar memperkenalkan chef eksekutif baru, Chef Paolo Pala yang bertanggungjawab memperbaharui menu dengan sentuhan klasik dan asli Itali. Dia yang punya pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang masakan menyediakan hidangan klasik Itali seperti ravioli, kambing bakar sehinggalah pemanis mulut yang lazat.

Sizzlelin i Marinara Linguini

Trio di Ostriche

Antipasto di Mare

PATUT CUBA! Tirami

su

Cotolette d’Agnello al Rosmarino

Salmone Afumicato

Chef Paolo Pala

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.