TIP PEMILIHAN PAKAIAN DALAM

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

1 Biarpun ia disarung untuk lapisan dalam, tetapi ada cara untuk tampak seksi dari luar. Terutamanya bra, ia akan memberi kesan sama ada lebih menonjol atau membuatkan dada sedikit leper tetapi tetap kemas. Jadi, untuk memilih bentuk yang tepat, kenal pasti bentuk badan anda dahulu sama ada bentuk pear atau jam pasir bagi mendapatkan ukuran yang tepat dan sempurna di bahagian bawah dada. 2 Anda juga perlu tentukan bahagian mana yang perlu ditonjolkan. Contohnya jika anda tidak mempunyai dada penuh, mungkin anda boleh memilih rekaan seluar dalam yang mendedahkan bahagian punggung. 3 Sesetengah renda memberi kesan gatal dek kerana bahan yang digunakan. Mengapa perlu membazir jika anda tidak selesa untuk menyarungnya, bukan? Oleh itu cuba dahulu setiap kali mahu membeli dan pilihan renda Perancis adalah digalakkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.