Introspektif Gaya

MEMPERBAIKI GAYA LEBIH BAIK SEKALI GUS DAPAT MERANGSANG PEMBENTUKAN IMEJ PALING KINI.

EH (Malaysia) - - Idea & Ideal -

*KEMUKAKAN SOALAN ANDA TERUS KEPADA YANA@BLUINC.COM.MY Saya ada banyak helaian baju lama seperti gaun labuh, jaket kulit tetapi memakainya sekali-sekala sahaja. Tahun ini saya berazam untuk mengurangkan beli-belah dan berbelanja lebih. Bagaimana cara saya boleh perbaiki helaian ini untuk tampak baru dan segar? – Zilla, Ampang

baju-T menjadi baju senteng dengan menggunting sehingga paras pinggang. Kemudian, lipat lengan baju ke atas, gosokkan sehingga leper dan jahit di bahagian kelepet tadi. Terpulang jika mahu mengekalkan corak lama atau mahu menambah sulaman, renda atau pepaku supaya tampak baru.

Jahit lencana berslogan cool di atas jaket lama. Perlu bijak menyelaras rona lencana supaya tidak tampak keterlaluan. Seeloknya banyakkan rona pastel supaya mudah untuk dipadan dengan apa jua rona baju.

Potong gaun sendat sehingga paras pinggul. Potong kemeja lama dari rona sepadan atau rona putih kemudian potong di bahagian kolar kemeja tadi. Cantumkan kolar pada garisan leher gaun serta cantumkan cuff kemeja di lengan gaun. Padanan ini sesuai untuk yang gemarkan gaya kasual.

Sekiranya anda mempunyai gaun labuh tanpa lengan, tetaskan kedua belah sisi skirt sehingga boleh menonjolkan kaki kamu yang cantik, kemudian pasang lengan baru potongan sendat. Cara lain, potong kain sehingga paras atas lutut, reka panel di bahagian pinggang dan cantumkan kain net jarang bersulam untuk dijadikan skirt luar. Selaraskan rona dengan pemakaian aksesori sepadan. Idea lencana dari Christian Dior Azam baru saya sudah tercapai yakni menurunkann berat badan tetapi menyedari saya memiliki bentuk badan besar di bahagian bawah terutamanya pinggul, paha dan betis. Saya sudah mencuba dan ada yang menegur kaki saya tampak ‘maskular’. Apakah saranan gaya yang wajar saya cuba. – Mazuin, Shah Alam Jika anda masih mahu menyarung helaian ketat di bahagian bawah, pastikan rona yang dipilih boleh menyembunyikan bahagian yang lebar. Ataupun, cuba ceraian baju rona sama untuk bahagian atas dan bawah. Pilihlah baju bercorak, berperincian atau lengan sedikit berlisu supaya dapat mengimbangi keseluruhan penampilan. Juga, anda boleh menambah pemakaian jaket ringkas paras pinggang. Jika masih mahu menggayakan seluar rekaannya perlu senteng dan harus digayakan dengan kasut bertumit tinggi atau baji supaya dapat memberi ilusi kaki panjang. Pilihan corak flora pula seeloknya bermula dari kaki seluar dan coraknya mengecil ke bahagian atas atau pilihan jalur adalah yang paling tepat. 3 Tahun lepas saya mengikut teman ke satu keraian fesyen yang berprestij. Saya lihat tetamu wanita yang hadir kebanyakannya berpakaian terlalu seksi dan kurang ‘menjadi’. Saya pula rasa diri terlalu ringkas. Bagaimana untuk tampil tidak terlalu ringkas dan masa sama tidak terlalu seksi tetapi fashionable. – Yazmeen J, Country Heights Kajang Tidak semestinya berpakaian seksi contohnya menggayakan gaun halter atas lutut, anda layak dipanggil fashionista. Sebaliknya, penggayaan yang bijak adalah mengadun helaian yang ringkas tetapi mampu menarik mata memandang ke arah kamu. Juga, jangan terlalu meniru gaya fashionista pujaan anda dari hujung rambut hingga hujung kaki terutamanya pabila anda pernah memuat turut gambar di laman sosial bersamanya. Sebaliknya kekalkan identiti sendiri, contohnya jika kamu dikenali dengan gaya klasik, tambah elemen penonjolan pada pemakaian aksesori atau solekan. Sila rujuk gaya ringkas di sebelah. Meski simple tetapi mampu memberi impak pada keseluruhan penampilan. Selamat mencuba! Stella McCartney

Just Cavalli

Kenzo

Proenza Schouler

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.