SIMBOL KEANGGUNAN

Logo yang dipamerkan adalah imej sesuatu jenama. Jadi, BONIA menyuntik sentuhan ini dalam koleksi monogram mereka yang dipadankan dengan hasil kerja tangan yang berkualiti untuk aksesori yang sempurna!

EH (Malaysia) - - Idea & Ideal -

Sebagai peneraju barangan kulit, BON IA me m a h a m i a p a y ang diinginkan wanita. Koleksi Latisha yang bergaya dan mewah menggunakan rekaan yang penuh perincian, kulit berkualiti dan rekaan Monogram unik, lantas menjadikan koleksi klasik ini sungguh elegan. Demi memenuhi keperluan wanita terutamanya mengenai beg tangan, kolek si Lat isha yang menawan dan praktikal mempunyai ruang mencukupi, jadi ia sempurna buat wanita yang ingin menyimpan alat solek, dokumen serta gajet elektronik. Boleh didapati dalam dua warna, coklat gelap dan putih susu, koleksi ini juga hadir dengan beg besar dan beg tangan bersaiz medium. Malah setiap beg dilengkapkan dengan tali beg agar penggayanya boleh menyandangnya di bahu atau menjinjitnya di tangan. Beg ini sudah pasti sesuai digunakan sepanjang masa untuk semua acara khas buat wanita yang inginkan stail tersendiri.

Pilih Monogram! Rekaan monogram menjadi perincian ideal untuk beg tangan kerana ia lain daripada yang lain. Anda hanya perlukan satu logo sahaja untuk menonjolkan jenama pilihan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.