Kehangatan Sweater

MARTABAT SWEATER DIANGKAT TINGGI SEJAK MUSIM BUNGA/ PANAS TAHUN LALU. KEHANGATANNYA BERSAMBUNG HINGGA KE KOLEKSI CRUISE TAHUN INI.

EH (Malaysia) - - Stail -

Selepas dunia fesyen hangat dengan gelaran It Bag bagi sesetengah beg terhangat, kini muncul pula istilah The It Sweater. Baju panas yang biasanya dihasilkan menggunakan fabrik kashmir, wool mahupun kain kapas kini menjadi kegilaan ramai. Sweater Kenzo musim bunga/panas yang mengetengahkan corak kepala harimau menjadi hit dan sold out. Sweater tersebut juga boleh dikatakan penyebab mengapa Kenzo kembali menjadi buah mulut penggemar fesyen.

Himpunan luruh/dingin 2013 pula menyaksikan ramai pereka cuba bereksperimen dengan sweater. Fabriknya dipelbagaikan namun masih mengekalkan potongan sweater yang biasanya berkeruk leher bulat, berpotongan lurus dan berlengan panjang. Penambahan fabrik seperti kulit dan jersi menjadikan rekaannya lebih pelbagai dan tambah menarik. Ricardo Tisci menghasilkan sweater dengan cetakan Bambi (rusa), dan ia menjadi begitu hit musim ini. Sweater dari jenama mewah ini juga bukanlah murah. Misalnya sweater Victoria Beckham yang menggunakan kulit kuda mencecah sehingga £1,850. Dan kerana ‘demam’ sweater juga Selfridges di London menyediakan ruang khas yang mempamerkan pelbagai sweater, dikenali sebagai Sweatershop.

PENCINTA SWEATER: Penyanyi British, Rita

Ora cukup gemar menggayakan sweater. Pilihannya juga pelbagai, dari bercorak, berona terang dan juga gelap.

ILHAM GAYAKAN SWEATER

KASUAL padankan bersama jean lusuh atau celana pendek.

KOKTEL Gayakan sweater bersama skirt (skirt kulit atau berperincian). Masukkan sweater ke dalam skirt dan cipta elemen chic dengan pilihan tali pinggang rona emas atau perak.

MAJLIS FORMAL Pilih sweater yang ketat dan padankannya dengan skirt berpotongan kembang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.