Selembut Kashmir

SEIRING DENGAN TAHUN BARU, SHU UEMURA MEMBONGKAR RAHSIA UNTUK KULIT SELEMBUT KASHMIR DENGAN ‘ULTIME8 SUBLIME BEAUTY CLEANSING OIL’

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, Cleansing Oil atau minyak pembersih Ultime8 ini telah memenangi pelbagai anugerah kecantikan di seluruh dunia, malah turut menjadi kegemaran ramai wanita dan selebriti terkenal serta pilihan utama jurusolek profesional. Kini Ultime8 Cleansing Oil melangkau lebih jauh untuk menghasilkan kulit yang lebih lembut dari sutera, iaitu selembut kashmir.

MENGAPA SELEMBUT KASHMIR?

Kajian Shu Uemura menunjukkan, kulit yang cantik dan kashmir mewah berkongsi tiga faktor yang berbeza iaitu tekstur yang lembut, permukaan yang dilindungi dan kekal lembap. Kulit yang seiras kashmir adalah kulit yang mulus, lembut dan lembap.

BUKTI UNTUK KULIT SELEMBUT KASHMIR

Sementara pencuci wajah lain berpotensi merosakkan wajah, mengeringkan dan menjadikan kulit kusam dan kasar, Ultime8 pula berupaya merawat permukaan kulit agar kekal dilindungi. Perlindungan ini penting untuk mengekalkan penghidratan kulit dan menghalang kulit daripada hilang lembapan daripada dalam.

KISAH 8 MINYAK BOTANI

Setiap satu dipilih secara terperinci dan semuanya berinspirasikan kehebatan perubatan tradisional Cina dan ritual kecantikan terdahulu. Ia bertindak untuk memenuhi keperluan kulit dengan membersihkan solekan dan kotoran dengan berkesan, kulit menjadi lebih lembut dan lembap dari dalam. Setiap satu bahan juga mengambil masa bertahun-tahun untuk dipilih, malah beratus-ratus minyak telah diuji sehinggalah satu bahan terakhir dijumpai iaitu Sheamelt, minyak botani daripada Shea Kernel yang mana sangat ringan namun cukup pekat. Sheamelt perlu melalui satu proses sebatian yang eksklusif. Hanya apabila Sheamelt disebatikan dengan betul, barulah kelapan-lapan minyak botani ini diharmonikan sehingga terhasillah tekstur selembut kashmir.

Saya mahukan ‘cleansing oil’ yang mewah hinggakan apabila anda memakainya anda berasa bahagia.

– Shu Uemura

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.