Penjagaan Asas

SEBELUM MEMULAKAN RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG EKSTREM, PASTIKAN PENJAGAAN ASASNYA SEMPURNA TERLEBIH DAHULU!

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Ramai yang teruja dan bertindak terburu-buru sebaik produk terbaru dari jenama kegemaran mereka mula dilancarkan. Dengan kesan yang dijanjikan lebih pantas dan mujarab, malah dengan manfaat yang diperolehi adalah dua kali ganda daripada produk biasa menjadikan wanita menjadi gila akan formula tersebut. Contohnya suatu masa dahulu serum menjadi produk paling terkenal dan semakin lama semakin banyak jenama kecantikan menghasilkan produk tersebut. Tanpa disedari mereka lupa akan penjagaan asas yang mana penting untuk dijaga dan tidak patut ditinggalkan dek kerana percaya manfaat berganda serum itu tadi. Bagi anda yang sudah lupa bagaimana asas penjagaan kulit ayuh ‘refresh’ memori anda dengan tiga langkah penting ini.

1

PEMBERSIH yang berfungsi membersihkan kotoran, sebum lama, selsel mati dan sisa solekan daripada kulit. Melembutkan dan mencairkan sebum supaya liang roma kulit tidak tersumbat. Membersih dan melindungi permukaan kulit daripada bakteria dan kulit. Mempercepatkan proses pengelupasan sel mati dan pemulihan sel. Merangsang peredaran darah,limfa dan kelenjar.

"Saya akan membersihkan wajah menggunakan pemberus wajah, bagi mengekalkan kulit yang bersih dengan pengelupasan

yang lembut." - KATHERINE HEIGL

1

2

3

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.