PEMBERSIH WAJAH

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 SAKURA GARNIER WHITE RADIANCE PINKISH GENTLE CLEANSING FOAM Membersihkan kotoran pada wajah sambil mencerah. RM12.90

2 NEUTROGENA DEEP CLEAN MULBERRY Alami kesegaran buah-buahan dalam pembersih wajah ini.

3 THEBODYSHOP TEA TREE COOL & CREAMY WASH Sekiranya kulit anda berjerawat inilah jawapannya, teksturnya amat lembut dan menyejukkan.

"Pilih pembersih wajah atau pelembap yang mengandungi bahan antioksida, ia akan membantu mengekalkan

kesihatan wajah." - EMILY BLUNT

2

PENYEGAR bertindak menyegarkan dan mengimbangi pH kulit. Membuang sisa pembersih dan sebum pada kulit tanpa memberi efek pada kulit. Membantu menutup liang roma selepas dicuci, merangsang kulit agar lebih segar serta menghaluskan tekstur kulit. Bagi anda yang sensitif akan penyegar, anda boleh memilih tekstur losen, ia lebih lembut dan majoritinya bebas alkohol.

3

PELEMBAP mampu membaik pulih lapisan asid pada kulit dan mengimbangi pH kulit. Ia juga bertindak mengekalkan kelembapan, melembutkan epidermis kulit dan melindungi kulit daripada jangkitan bakteria serta persekitaran. Paling penting ia dapat mengelakkan kulit daripada menjadi cepat matang dan mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan.

Amalkan rutin tiga langkah penjagaan kulit (membersih, menyegar dan melembap) pada setiap pagi dan malam. Paling penting jangan mensia-siakan setiap malam yang berlalu. Waktu tidur adalah tempoh yang paling bagus untuk kulit kamu menyerap segala khasiat produk rawatan kulit. Jadi, apa kata manfaatkan juga waktu istirahat ini dengan penggunaan krim pelembap malam.

Gunakan krim pelembap muka sebelum bersolek. Sebaik-baiknya sapu dulu krim pelembap 20 minit sebelum bersolek. Biarkan kulit kamu menyerap khasiatnya. Malah, krim pelembap juga sebenarnya berperanan untuk melekatkan lagi warna solekan pada kulit. Jika kulit anda jenis berminyak, ada baiknya menggunakan produk pelembap yang mengawal minyak. Jika anda tidak memulakan asas penjagaan tiga langkah ini, lama kelamaan kulit akan mula dihinggapi masalah, lebih-lebih jika anda seorang yang gemar bersolek setiap hari.

"Saya jarang mengenakan solekan jika tiada penggambaran, dan

sentiasa menggunakan produk penjagaan kulit yang lembut dan bebas haruman."

- LEIGHTON MEESTER

5

6

4

7

10

9

8

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.