ALIS101

Sempurnakan wajah dengan lukisan alis yang sesuai dengan bentuk wajah anda!

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Alis atau kening memainkan peranan penting dalam menyerlahkan keseluruhan wajah, jika kontot keningnya maka tidak sempurnalah keseluruhan wajah walaupun sudah cantik disolek.

EH! berkongsi tip merias alis dan jenis bentuk yang serasi dengan wajah. Sekiranya wajah anda berbentuk lonjong (panjang) dan kurus, bentuk kening haruslah kecil (halus). Begitu juga sebaliknya jika anda mempunyai bentuk muka yang bulat, bentuk kening haruslah tebal (lebar) untuk menampakkan kesan lembut di wajah anda.

RAHSIA KENING SEMPURNA

1 Pensel kening yang baik haruslah bertekstur lembut dan mudah untuk dilukis ke atas kening anda. Pensel kening yang keras, memberikan sentuhan yang tidak kemas serta nampak kasar.

2 Kening yang terbentuk cantik serta kemas boleh diperoleh dengan bantuan penggunaan beberapa alat khas dan rawatan seperti threading. Ia bagi memastikan kening yang anda inginkan tampak kemas serta mengambil kira juga keselamatan anda.

3 Gunakan gunting kecil untuk menggunting bulu kening supaya lebih kemas. Berus kecil untuk mengemaskan bulu kening.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.