TIP MELUKIS ALIS

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 Sekiranya anda ingin mendapatkan lukisan alis yang tepat, pastikan anda menyolek bahagian mata terlebih dahulu. Ia bagi mengelakkan solekan mata dan kening seakan ‘berlumbalumba’ untuk menonjol. Biasanya jika anda merias alis terlebih dahulu ada potensi bahawa anda akan melukis alis lebih tebal, dan kemudian menyolek bahagian mata dengan solekan yang tidak seimbang. Jadi dengan menyempurnakan solekan mata terlebih dahulu anda dapat mengagak bentuk alis yang sesuai dengan solekan mata anda serta keseluruhan wajah anda.

2 Jika mahukan wajah tampak lebih muda, cuba lukis kening yang tidak terlalu melengkung ke bawah. Ini kerana ilusi wajah akan tampak lebih tua kerana kebiasaannya apa yang menunjukkan tanda-tanda mengendur itu adalah tanda-tanda penuaan. Jadi pastikan alis anda lurus melintang (namun tidak terlalu lurus, bimbang tampak kaku) untuk wajah yang tampak muda dan segar.

KENING SOFISTIKATED

KENING MENDATAR

KENING MELENGKUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.