JENIS PENSEL KENING

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Pemilihan pensel kening selalunya bergantung kepada warna rambut anda. Contohnya, sekiranya anda mempunyai rambut berwarna hitam, pensel kening anda haruslah berwarna lebih terang iaitu sama ada coklat atau pun coklat gelap. Ia bertujuan supaya wajah anda tidak nampak kusam.

Anda boleh memilih sama ada menggunakan pensel ataupun Eyebrow

Compact (set kening kompak) untuk melukis kening yang cantik dan kemas. 1

PENSEL KENING BIASA Pensel kening di atas pada asasnya memberikan anda alitan yang bagus tetapi tidak mempunyai berus khas untuk membantu anda meratakan kening. Anda memerlukan berus khas untuk membantu mendapatkan kening yang cantik dan terlukis kemas serta tampak semula jadi. 2

PENSIL KENING DENGAN BERUS

Pensel kening jenis ini memudahkan anda kerana di hujungnya mempunyai berus kening yang bertujuan untuk meratakan alitan pensel agar lebih kemas dan tampak semula jadi. 3

EYEBROW COMPACT Memberikan hasil solekan yang lebih ringan dan semula jadi. Ia juga senang untuk diaplikasikan pada kening dengan menggunakan berus khas yang disertakan di dalam set kompaknya. 4

BERUS KENING Ia bertujuan supaya Eyebrow Compact dapat dicalit dengan tepat dan tidak meninggalkan kesan comot pada mata. 5

GEL KENING Gel ini direka khas untuk mengeraskan bulu kening supaya tidak berserabut. Sebelum atau selepas kening anda dilukis dengan kemas, alitkan dengan gel khas kening untuk memastikan ia kekal di tempatnya. 6 DOUBLE-ENDED EYEBROW BRUSH Berus kecil mempunyai dua hujung berus ini amat sesuai untuk kegunaan anda sekiranya memakai Eyebrow Compact. Ia memberikan kelebihan kepada anda dengan dua cara penggunaan. Satu untuk menyikat kening dan satu lagi untuk melukis.

Etude Color My Brows Concealer RM39.90 THEFACESHOP Lovely Meex Auto Eyebrow Kate Lasting Eyebrow

IN2IT Eyebrow Pencil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.