Wee Wern

Pelapis dalam bidang sukan skuasy ini datang dengan keazaman cukup tinggi untuk meneruskan legasi yang ada. Wee Wern tidak mengambil masa yang lama mencipta nama untuk menjadi antara enam pemain terbaik dunia.

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Lama juga kami di meja editorial mencari wakil bakat dalam bidang sukan sebagai sebahagian inspirasi buat pembaca. Mujur wakil Air Asia yang juga penaja utama Wee Wern mempelawa kami untuk merakamkan aksinya di depan kamera serta berkongsi cerita kejayaannya. Mula serius dalam bidang sukan sejak di bangku sekolah, gadis kelahiran Pulau Mutiara berusia 23 tahun ini tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Kejayaan demi kejayaan ingin dicipta bagi mencapai kepuasan dalam minat yang ada sekaligus mengharumkan nama negara dalam bidang sukan. berkongsi cerita kejayaan pemilik nama Low Wee Wern ini buat pembaca semua.

Minat bermula Semuanya ketika saya berusia sembilan tahun. Ibu saya memberi pilihan sama ada untuk bermain skuasy atau tenis. Atas faktor terpaksa terdedah dengan cuaca panas saya memilih untuk bermain skuasy. Sebetulnya semua bermula dengan hobi hujung minggu sehinggalah saya tamat belajar dan memutuskan untuk terus serius dalam bidang ini.

“Jika anda lakukan sesuatu kerana minat apa jua bentuk kepayahan yang ada pasti akan dilalui dengan baik.”

Apa yang membuatkan anda memutuskan untuk menjadikan bidang ini sebagai karier? Jika diikutkan saya sudah serius bermain skuasy sejak usia 11 tahun lagi. Pada 2011 saya memenangi Australian Junior Open. Setelah tamat sekolah saya menerima beberapa tawaran menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dan masa sama saya juga mendapat tawaran bermain secara profesional. Ini merupakan perkara yang sukar sebenarnya sebab bukan mudah untuk mendapat biasiswa belajar di luar negara namun saya yakinkan diri jika saya berjaya menempatkan diri sebagai 50 terbaik dunia saya akan teruskan. Dan ya saya berjaya menjadi 50 terbaik dunia dalam masa kurang setahun.

Perkara terbaik bergelar atlet? Berbalik kepada minat. Saya percaya jika anda lakukan sesuatu kerana minat apa jua bentuk kepayahan yang ada pasti akan dilalui dengan baik. Selain itu saya bertuah dapat mengembara ke seluruh dunia dan bertemu ramai orang untuk berkongsi pengalaman.

Momen indah Sudah tentu ketika zaman junior. Bergelar Asian Junior Champion pada tahun 2008 di India yang juga merupakan kemenangan ketiga saya sebagai juara. Apa yang lebih manis adalah saya merupakan pemain skuasy kedua selepas Nicole David yang memenangi tiga kejohanan berturutturut. Bagi peringkat senior pula ketika berjaya menghadiahkan pingat emas buat Malaysia di acara Sukan Asia 2010 di China.

Perihal paling sukar? Tekanan bila anda tahu ramai orang mengharapkan anda untuk menang setiap kali pertandingan. Selain itu, banyak pengorbanan yang harus dilakukan terutama sekali masa. Hampir setiap hari masa dihabiskan dengan latihan.

Cara latihan anda? Enam hari saya berlatih. Setiap hari dua sesi harus dilengkapkan iaitu sesi pagi selama dua jam dan petang tiga jam setengah. Sekali pun tiada pertandingan dalam masa terdekat saya harus kekal berlatih sebagai persediaan buat musim yang akan datang.

Pernah putus asa? Putus asa tidak tetapi saya akui ada momen yang buat saya sedikit bosan terutama dengan jadual latihan yang ketat namun itu semua dapat diatasi dengan minat yang ada selain sokongan orangorang terdekat yang mahu melihat saya lebih berjaya.

Menjadi enam terbaik dunia, apa yang anda rasa sekarang? Sometimes it’s a bit unreal sebab jika diputar kembali masa kira-kira lima tahun dulu saya hanya seorang peminat skuasy yang hanya ada impian menjadi salah seorang pemain terbaik dunia. Tetapi hari ini saya sebahagian daripadanya dan sejujurnya kadang-kadang sedikit tidak percaya namun ia menjadi motivasi terbaik untuk saya terus melakukan yang lebih baik.

Cara anda menghadapi tekanan ketika pertandingan? Bukan hal yang mudah sebetulnya. Setiap pertandingan memberi cabaran dan keterujaan berbezabeza namun dengan pengalaman yang ada tekanan dapat diatasi. Selalunya saya akan berbual dengan coach sebelum pertandingan bermula kerana dia tahu bagaimana mahu meringankan sedikit tekanan yang ada dan mendengar muzik sebelum masuk ke gelanggang pertandingan.

Ikon Datuk Nicole David. Dia juga merupakan orang penting dalam menjadikan saya pemain profesional. Menjadi jurulatih yang tanpa jemu berkongsi dan mengajar saya untuk berjaya. Selain itu, saya juga sukakan Roger Federer.

Inspirasi Inspirasi saya adalah perkara yang saya ingin capai. Dari situ saya akan bekerja keras untuk memenuhi visi yang saya mahu dan dari sini juga wujudnya motivasi untuk saya terus berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.