DIDDY HIRDY

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Kebanjiran bakat dalam bidang nyanyian yang dicungkil melalui program realiti sedikit sebanyak menenggelamkan bakat yang satu ini. Diddy Hirdy sempat merakam sebuah album penuh dengan beberapa single utama yang mendapat respons baik penggemar muzik tempatan. Tahun ini Diddy kembali menyusun agenda seninya setelah tamat pelajaran dalam bidang komunikasi. Filem Sunti dan single Malaikat Di Hati ciptaan Tam Spider menjadi permulaan untuk dia kembali ke dalam dunia show biz tempatan.

HARI ANDA TIDAK SEMPURNA TANPA? Keluarga kecil saya.

PENCAPAIAN TERBAIK 2013? Tamat pelajaran dengan ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia.

PRINSIP DALAM KERJAYA? Bertarung sampai akhir.

ANDA INGIN DIINGATI SEBAGAI? Seorang yang memberi sumbangan kepada masyarakat secara amnya.

OBSESI TERKINI? Buku dan gim.

CARA ANDA MENCAPAI KESEIMBANGAN DIRI? Membahagikan masa dengan baik antara kerjaya, keluarga dan pelajaran.

NASIHAT TERBAIK YANG PERNAH ANDA TERIMA? Sentiasa berfikiran positif dalam apa jua hal atau rintangan.

APA YANG ANDA INGIN CAPAI DALAM MASA TERDEKAT? Berjaya dalam bidang nyanyian dan lakonan serta menyambung pelajaran dalam bidang ke peringkat ijazah sarjana.

RUTIN GROOMING ANDA? Setiap hari saya akan menggunakan rangkaian produk Clinique Skin Care For Men sejak tujuh tahun lalu sehinggalah hari ini. Produk kegemaran saya adalah Turn Around Concreate.

TEKS, PENYELARAS & PENATA GAYA GAMBAR Nurul Alias ARAHAN SENI GROOMING PAKAIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.