JOSEPH GORDON-LEVITT

Dia nyata bukan the typical Hollywood hero. Tanpa tubuh maskulin dan raut setampan Ryan Gosling, dia tampil cukup tersendiri dengan bakat dan minat tinggi dalam dunia showbiz. average Joe!

EH (Malaysia) - - Selebriti -

Watak Tom Hansen dalam (500) Days of Summer lakonan bersama Zooey Deschanel antara yang paling diingati dan boleh dikatakan hanya selepas itu bakat kelahiran Los Angeles ini mendapat kepercayaan produser filem Hollywood bagi membintangi filem-filem blockbuster. Dilahirkan pada 17 Februari 1981, Joseph Gordon-Levitt atau lebih mesra dipanggil Joe ini sebenarnya mula melibatkan diri dalam bidang lakonan secara profesional sejak berusia tujuh tahun lagi. Siri 3rd Rock From the Sun merupakan breakthrough di Hollywood dan buat enam musim Joe menggalas watak sebagai Tommy Solomon sejak siri itu mula diperkenalkan pada tahun 1996 sehingga 2001.

“Saya tidak kisah jika sesebuah filem yang dilakonkan blockbuster atau tidak. Apa yang penting saya tahu skrip tersebut adalah naskah yang baik.”

Bintang ‘Indie’ Ke Persada Hollywood Jika anda masih ingat filem 10 Things I Hate About You yang menampilkan Heath Ledger pasti watak Cameron James yang didukung Joe sebagai sahabat baik Heath dalam filem tersebut diingati. Selepas itu dia banyak melibatkan diri dalam filem berbentuk ‘indie’ seperti Brick, Mysterious Skin, Havoc dan Stop-Loss. Namun semuanya berubah setelah perhatian diberikan padanya menerusi watak Tom Hansen yang dibawa penuh berkesan. Satu persatu tawaran blockbuster diterima dan meletakkan namanya sebaris aktor Hollywood kelas satu yang lain. Antaranya The Dark Knight Rises, Inception, 50/50, Premium Rush dan Looper.

Bakat Joe tidak hanya sekadar berlakon, tahun ini menyaksikan filem pertama arahannya ditayangkan secara umum. Don Jon yang membawa kisah seorang lelaki yang ketagih menonton pornografi dalam mencari ‘happiness’. Filem yang mendapat kritikan bercampur-baur daripada pengkritik filem dunia ini turut menampilkan aktres Scarlett Johansson dan Julianne Moore sebagai pemeran utama. Pada 2005 Joe bersama abangnya, Dan Gordon-Levitt membuka laman web Burning Dan yang mendedikasikan minat mereka terhadap seni, muzik, bahan bacaan dan filem secara keseluruhan. Laman web ini menjadi signature buat Joe dan nama laman web ini ditukar kepada hitRECord serta melancarkan penerbitan buku pertama mereka, The Tiny Book of Tiny Stories pada 2011 diikuti siri kedua dan ketiga yang diterbitkan November 2013 yang lalu.

DALAM LAMAN FESYEN MAJALAH GLAMOUR (2012).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.