PARTI BERSAMA SELEBRITI TERHANGAT

BARISAN SELEBRITI EH! 20 YANG ANGGUN & DISENANGI DIRAIKAN BERSAMA PEMBACA SETIA EH! DALAM SUASANA YANG PENUH MERIAH.

EH (Malaysia) - - Lihat + Dengar + Baca -

Cukup hangat! Itulah yang boleh disimpulkan tentang malam EH! 20 Yang Anggun & Disenangi tahun ini. Malah Ayie dari portal Murai.com.my cukup teruja dengan parti EH! kali ini. Katanya, “Jika Nur Fazura datang dan Shila Amzah membuat persembahan, tiada apa lagi yang perlu dikatakan lagi.”

Seawal jam enam petang lagi sudah nampak kelibat beberapa pembaca setia EH! di perkarangan Vertigo yang terletak di aras enam The Gardens. Para pembaca ini selain datang kerana membeli tiket di MPH dan butik Dressing Paula, mereka juga adalah pemenang beberapa peraduan yang dijalankan menerusi SuriaFM, HipTV, portal Murai.com.my, blog-blog popular serta peraduan OOTD di Instagram.

Terima kasih diucapkan buat semua para pendukung parti EH! tahun ini iaitu, Lancome selaku penaja utama, Dressing Paula (penaja pakaian), Casio (penaja jam tangan dan kamera), Vertigo (penaja lokasi), MPH (penaja toko buku), SuriaFM (stesen radio rasmi), Hip TV (program TV rasmi) dan Murai.com.my (portal rasmi).

Helaian Dressing Paula

Jam tangan Casio

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.