Tiru Solekan

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Pada mulanya kami bercadang mahu tampilkan solekan mata yang lebih ringkas buat Nelydia Senrose. Namun setelah beberapa gambar diambil kami rasakan wajahnya lebih menyerlah andai diberikan solekan mata yang lebih berat. Bong mengadun pembayang mata warna hitam dan ungu untuk mencipta solekan mata yang lebih galak. Bagi bibir pula, Bong memilih untuk mengadun rona koral dan merah samar.

Tugas dandanan kami serahkan kepada Gary, dan dia mencipta gaya rambut berombak pada bahagian hujungnya dan sewaktu penggambaran rambutnya ditiup menggunakan kipas untuk mencipta gaya yang lebih santai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.