SELEBRITI REBUTAN JENAMA MEWAH KEMPEN MUSIM BUNGA/PANAS 2014

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Jika sebelum ini Lady Gaga dinamakan sebagai wajah kempen terkini Versace, sekitar Disember lalu jenama mewah Balmain menamakan bintang pop Rihanna sebagai wajah kempen bagi musim bunga/panas 2014. Dua gambar utama kempen terbaru yang dirakamkan oleh jurugambar, Inez and Vinoodh ini dikeluarkan mempamerkan Rihanna dalam dua persalinan berbeza jenama ini yang dikepalai pengarah kreatif termuda, Oliver Rousteing. Manakala penghibur Soul/R&B Erykah Badu pula dinamakan sebagai wajah utama kempen terkini Givenchy. Pengarah Kreatif, Riccardo Tisci memberitahu media Erykah Badu punya satu keunikan tersendiri yang dan menyifatkan bintang ini sebagai wanita paling bergaya yang pernah ditemui sepanjang kariernya. Jadi, yang mana satu pilihan anda?

“Saya tidaklah terlalu mahu bercinta kerana kadang-kadang perasaan tersebut terlalu pelik” – SELENA GOMEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.