TIP GIGI PUTIH BERSERI

EH (Malaysia) - - Jurnal Fesyen -

1 Tukar Kepala Berus Gigi Dengan Kerap

Bagi yang menggunakan berus gigi elektronik, anda harus menukar kepala berus sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 bulan. Ini dapat mengelakkan bakteria yang tidak diingini masuk ke dalam mulut.

2 Bersihkan Lidah

Guna pembersih lidah setiap pagi untuk membuang plak pada lidah. Cara ini membantu menyegarkan lagi nafas anda.

3 Gosok Gigi 2 Kali Sehari

Menggosok gigi selepas bangun dan sebelum tidur penting kerana air liur (yang menghalang kaviti pada gigi) menjadi kering pada waktu malam. Ini menyebabkan gigi mudah terdedah kepada kerosakan. Malah, membersihkan gigi setiap pagi membantu mengurangkan bakteria, plak dan bau nafas busuk yang terbentuk sewaktu tidur.

4 Mulut Kekal Segar

Untuk menguji bau nafas, anda hanya perlu menjilat belakang tapak tangan dan hidu air liur ketika ia masih basah. Jika mulut anda berbau, ini bermakna anda perlu mengambil gula-gula penyegar nafas. Malah anda juga boleh menggunakan ubat kumur bebas alkohol. Ubat kumur yang mengandungi terlalu banyak alkohol boleh mengeringkan tisu dalam mulut yang menyebabkan mulut lebih terdedah kepada bakteria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.