Kuasa Merah Dalam Fesyen

MERAH ADALAH LAMBANG KEBERANIAN, KEGHAIRAHAN, CINTA, KEWANITAAN DAN KUASA. PENGARUH MERAH DALAM DUNIA FESYEN TIDAK DAPAT DISANGKAL SEJAK DULU LAGI.

EH (Malaysia) - - Stail -

Pada saya merah itu warna yang cukup mempesona, punya kuasa dan tarikannya tersendiri. Sesiapa sahaja sajak mengenakan warna merah, tidak hanya pada pakaian malah juga solekan. Merah itu warna yang cukup istimewa. Ia klasik dan malar segar.

Valentino antara pereka legenda dunia yang cukup sukakan warna merah. Helaian merahnya banyak menjadi pilihan selebriti tersohor dunia. Seperti kata Valentino, merah punya keberanian, deep, kekuatan dan cukup dramatik. “Merah punya kekuatan sama seperti hitam dan putih dalam dunia fesyen,” katanya lagi. Menurut Valentino ramai wanita selesa memilih warna hitam kerana mereka berasa lebih selamat, namun jika ada seorang wanita menyarung helaian rona merah serta-merta dia akan mendapat perhatian. Merah adalah warna paling sempurna untuk grand-entrance. Dan kerana rasa cintanya pada warna merah, Valentino menyarungkan 30 orang model dalam gaun merah sewaktu pertunjukan fesyen terakhirnya pada 2008.

Bukan sahaja Valentino yang menyukai merah, Christian Dior juga memuja warna merah. Padanya merah adalah warna yang banyak memberi tuah padanya. Dan meneliti gambar-gambar lama koleksi Dior memang banyak didominasi warna merah. Dan daripada cerita dua pereka legenda ini tiada siapa yang dapat menafikan betapa besarnya pengaruh merah dalam dunia fesyen.

ILHAM PAKAI MERAH EH!

kongsikan idea bagaimana anda mahu mengenakan warna merah.

1 Jika ke majlis makan malam usah ragu-ragu untuk menyarung gaun rona merah, pasti anda menyerlah kerana kebiasaannya ramai yang selesa menyarung rona hitam.

2 Sekalipun anda menyarung busana berona hitam, hadirkan warna merah pada padanan aksesori seperti clutch, kasut mahupun perhiasan diri (antinganting atau rantai leher) dengan batu rona merah.

3 Merah punya banyak ton, hatihati memilih merah kerana ada ton merah yang buat penampilan jadi kusam.

4 Jika menggayakan helaian kasual seperti denim dan kemeja putih, beg rona merah akan menjadi ‘highlight’ kepada penampilan anda.

5 Jika menggayakan helaian merah tidak semestinya anda juga perlu mencalit bibir dengan gincu merah. Kami sarankan anda menyeimbangkannya dengan gincu berona asli. Lebih sederhana dan classy!

6 Begitu juga dengan aksesori, pilih rona lain, emas misalnya jika anda menyarung gaun merah menyerlah.

7 Jika anda mahu membeli sesuatu berwarna merah tahun ini, kami sarankan anda bermula dengan membeli kasut tumit tinggi bertutup rona merah. Ia boleh dipadankan dengan gaun hitam (LBD), celana denim, mahupun legging hitam. Percayalah ia berbaloi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.