Kaya Scodelario

EH (Malaysia) - - ‘it Girl’ -

Mula muncul di kaca televisyen seawal umur 14 tahun melalui drama 26 episod berjudul Skin, watak Effy Stonem yang dilakonkannya pada 2007 itu adalah jalan pembuka perkembangan kariernya. Sehingga kini Scodelario sudah tampil menerusi 11 filem dan siri TV. Wajahnya juga pernah menghiasi video muzik Plan B, Stay Too Long dan She Said selain beberapa muzik video lain termasuklah Candy nyanyian Robbie Williams.

Katanya melalui satu interviu, cita rasa fesyennya tidak terbatas, dia selesa menggayakan apa jua stail yang bersesuaian. Tetapi jika diberi pilihan, dia lebih menyukai kombinasi highstreet dan helaian yang mampu menonjolkan penampilan yang unik untuk gaya hariannya. Dia juga menyenangi keaslian dan keunikan rekaan rumah fesyen Alexander McQueen dan Vivien Westwood. Scodelario juga pernah menjadi duta fesyen J.ESTINA, iaitu sebuah jenama fesyen dari Korea.

Menghiasi kempen J.ESTINA Menghadiri majlis tertutup Chanel Little Balck Jacket dengan gandingan emas dan putih.

Gaun merah jambu menemaninya ke pameran malam gala David Bowie di Muzium Victoria and Albert. Kombinasi hitam dan emas untuk majlis Anugerah Moet and Chandon Etoile di London.

Gaun ilham militari ke tayangan unggul ‘Now Is Good’ . Menghadiri pementasan Chanel musim luruh’12 dengan paduan putih dan biru.

Gaya chic Kaya Scodelario sewaktu menghadiri parti Anugerah Warner Brother Brit di London.

Paduan ringkas ke Tayangan Unggul “I Lobe You Man’ di Los Angeles.

Menghadiri pementasan Burberry musim bunga’12.

Wajahnya untuk Wuthering Heights versi Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.