KIEHL’S MENYAMPAIKAN “FEEL THE POWER 2013”

EH (Malaysia) - - Berita + acara cantik -

Kiehl’s terus membantu masyarakat melalui acara tahunan Eco Camp yang kelima. Eco Camp ini bertujuan untuk mendidik, melengkapkan dan memberi inspirasi kepada generasi baru yang mencintai alam sekitar. Eco Camp yang dianjurkan di Alang Sedayu, Gombak ini mendapat kerja sama Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) demi memberi inspirasi kepada anak-anak muda dalam menghargai alam sekitar. Seramai 70 peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada murid-murid berusia dari lapan hingga 17 tahun, dan mereka diberi peluang untuk mengenali alam sekitar dengan aktivitiaktiviti di luar serta pengetahuan dan eksperimen sains yang menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.