L’OREAL LA MAISON, GANDINGAN L’OREAL PROFESSIONNEL DAN PENGGAYA RAMBUT

EH (Malaysia) - - Berita + acara cantik -

Buat pertama kalinya, L’Oreal Professionnel memperkenalkan konsep La Maison di Malaysia, dan Shawn Cutler dipilih sebagai salon sulung yang bertemakan konsep ini. La Maison adalah ikatan istimewa antara penggaya rambut dan jenama penjagaan rambut ini sendiri. Mereka bekerjasama bagi menghasilkan idea, inspirasi dan teknologi baru seiring dengan trend berteraskan lima elemen penting iaitu Fesyen, Ketangkasan, Inovasi, Sukses dan Unik. Ia digelar sebagai “The Parisian House of Hairdressing” yang mana memberi ciri-ciri ‘Paris’ pada konsep ini termasuklah dekorasi salon, perkhidmatan dan kreativiti pendandan rambut bersempena dengan asal usul jenama ini. Kini anda boleh membuat tempahan di salon Shawn Cutler berkonsepkan La Maison ini pada aplikasi telefon bimbit, ShawnCutler.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.