LANGSING DENGAN TEKNOLOGI TERBARU MARY CHIA

EH (Malaysia) - - Berita + acara cantik -

Mary Chia, jenama spa kecantikan dan kesihatan mengajak semua rakyat Malaysia memiliki bentuk tubuh menarik menerusi revolusi Transformasi Lengkap 360°, iaitu satu pendekatan baru pengurusan berat badan. Mereka memberikan jaminan penurunan berat badan sekurang-kurangnya 2kg dalam masa dua minggu. Pakej Transformasi lengkap menguruskan badan ini bermula dari RM499. Pakej ini merangkumi tujuh kali rawatan Transformasi Lengkap 360° yang mana mengandungi proses detoksifikasi, rangsangan kardio, pembentukan badan, pengurangan selulit dan pengurangan pengekalan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.