BUTIK PERTAM A NARS DI PAVILION

EH (Malaysia) - - Berita + acara cantik -

Berita baik buat penggemar kosmetik terkenal New York ini, kini anda tidak perlu lagi mengembara ke negara lain untuk mendapatkan alat solek eksklusif NARS. Sebelum majlis berlangsung di butiknya di Pavilion, EH! Sempat menemu bual Makeup Stylist NARS, Jane Richardson.

Apakah kesilapan yang sering dilakukan wanita pabila bersolek?

Di Nars kami tidak membataskan solekan pada sebarang usia, dan tiada betul atau salah. Kami melihat sesuatu gaya solekan sebagai satu luahan kreativiti.

Apa yang seronoknya bergelar jurusolek?

Kerjaya ini cukup menarik pada saya. Saya diberi ruang untuk melakukan bermacam-macam-macam perkara. Hari-hari yang saya lalui berbeza-beza. Ada kalanya saya bertemu media untuk interviu, esoknya pula di studio untuk penggambaran, hari lainnya pula berada di belakang pentas pertunjukan fesyen.

Produk Nars yang paling ikonik pada anda?

Tentu sekali pemerah pipi Orgasm.

Perlukah solekan sepadan dengan apa yang kita pakai?

Tidak semestinya.

Tip solekan asas dan yang paling penting yang mahu anda kongsikan?

Pilih satu titik tumpu. Mata atau bibir misalnya. Dan untuk musim bunga tahun ini, bibir rona jingga terang bakal menjadi hit. Mungkin anda boleh mencuba gaya ini.

Tip mencipta asas solekan yang sempurna

Mulakan dengan menyapu primer, diikuti dengan bedak asas, kemudian sapukan penyamar noda dan set solekan dengan bedak tabur. Pilihan ton warna mestilah sesuai dengan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.