WAJAH LEBIH RUNCING & MUDA

EH (Malaysia) - - Berita + acara cantik -

Bagi wanita Asia, wajah berbentuk ‘V’ dianggap sebagai kecantikan feminin. Manakala di Amerika Syarikat dan Eropah, tulang pipi yang tinggi dan pipi tembam dianggap cantik kerana kulit tidak nampak kendur. Demi memenuhi kehendak ini, Origins tampil dengan Plantscription™ Powerful Lifting Cream boleh digunakan sebagai krim siang atau/dan malam sebagai formula emolien yang memberikan lembapan serta memberi keanjalan dan kontur pada wajah. Sapu pada wajah mengikut mengarah ke atas, dan tumpu pada bahagian dagu dan pipi untuk wajah lebih tegang. Plantscription™ Powerful Lifting Cream boleh dimiliki dengan harga RM255. Turut diperkenalkan ialah Plantscription™ YouthRenewing Face Oil (RM225) yang bertindak mengurangkan garis-garis halus, mengukuhkan lapisan kulit, meningkatkan keserian wajah dan memberi tenaga pada kulit. Selain itu, penulis EH! diberi peluang merasai rawatan wajah menggunakan Plantscription™ Powerful Lifting Cream, hasilnya wajah lebih tirus serta-merta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.