MARI KEMBALI KE REALITI

EH (Malaysia) - - Etika -

Ikut pandu lima cara ini supaya semua definisi bahagia yang dijual menerusi filem dan medium lain tidak memberi harapan palsu buat anda.

1 Hargai sekecil-kecil hal yang ada dalam hidup anda. Lihat apa yang anda ada dan perindahkan situasinya agar cerita hidup anda akan menjadi satira yang lebih menyeronokkan.

2 Buat satu aturan atau undangundang hidup. Caranya mudah, pertama senaraikan kekurangan dan keinginan yang ada. Rumuskan kedua-dua hal ini dan cipta satu aturan bagaimana keinginan anda boleh dicapai.

3 Lebihkan masa di dunia realiti. Hadkan masa anda daripada melihat dunia orang lain terutama di alam maya.

4 Bergaul dengan ramai orang di dunia nyata dan kurangkan pergaulan di dunia virtual.

5 Berhenti merungut dan mengeluh.

“Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk diri sendiri adalah dengan menghargai sepenuhnya apa yang anda miliki hari ini.” ROONEY MARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.