CARA MENJAUHI DARIPADA MENJADI TOO CLINGY

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

Percaya yang anda ada harga di mata masyarakat. You are a hot stuff! Jangan ada rendah diri. Anda sememangnya layak memiliki kekasih seperti dia. Jadi berdikari dan buat dia yang dahagakan perhatian darimu. Namun, sekali sekala jangan lupa untuk menjadi gadis manja agar hatinya terus lekat pada anda! Misteri itu seksi. Cuba jadi wanita yang tidak boleh dijangka kelakuan, namun masih berada di batasannya. Selalu buatkan dia ingin ‘lebih’ daripada anda. Jangan beri dia terlalu kurang perhatian, bimbang jika dia mencari perhatian daripada wanita lain. Dan jangan pula beri terlalu banyak, mungkin tidak dihargai. Buat dia kagum kerana memiliki anda. Baca perilaku dan fahami kehendaknya. Hormat diri anda sendiri. Jangan beri peluang orang lain melayan anda dengan teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.