SAMBUTAN KE-30 G-SHOCK

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Bertempat di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menyaksikan sambutan gemilang tahun ke-30 jenama jam tangan yang cukup popular, G-Shock. Mengangkat tema Shock The World, sambutan ini terlebih dahulu diadakan di beberapa kota ikonik seperti New York, Paris, Berlin, Tokyo dan Dubai sebelum sambutan meriah diadakan di sini. G-Shock turut memperkenalkan jam tangan edisi terhad yang menampilkan kolaborasi bersama pereka tempatan Joe Chia. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang malam tersebut termasuk persembahan nyanyian live serta peragaan fesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.