MUZIK

EH (Malaysia) - - Muzik -

Taylor Swift

Dari John Mayer ke Harry Styles semua pernah menjadi sebahagian daripada kisah cinta bintang country ini. Apa yang lebih istimewa setiap kisah cintanya itu dijadikan ilham buat hampir semua trak-trak yang pernah menjadi hit carta radio dunia. Lihat senarai lagu-lagu ini berserta kisah cintanya.

TIM MCGRAW Diilhamkan daripada kisah cinta bersama bekas teman lelakinya, Brandon Borello. Hubungan mereka terhenti kerana Borello pergi menyambung pelajaran.

FIFTEEN Kisahnya bersama teman baik, Abigail Anderson. Tentang bagaimana mereka berdua sama-sama pernah jatuh cinta pada lelaki dan patah hati.

TEAR DROPS ON MY GUITAR Ditulis untuk lelaki bernama Drew yang sangat disukainya namun tidak pernah keluar bersama. Selepas dua tahun menyimpan perasaan barulah Drew tahu bahawa Swift menyimpan perasaan padanya.

LAST KISS Joe Jonas antara kisah cinta awalnya. Last Kiss bukanlah satu-satunya lagu ditulis buat Joe selain trak ini Swift turut menulis Forever and Always dan Holy Ground buat Joe.

DEAR JOHN Ditulis untuk John Mayer dan hubungan dijalin Disember 2009 sehingga Februari 2010.

SHOULD’VE SAY NO Sam Armstrong lelaki yang juga bekas kekasihnya. Menurut Swift percintaan ini antara yang paling menyakitkan.

BACK TO DECEMBER Cinta lokasi bersama Tayler Lautner hanya bertahan lima bulan tetap memberi ilham buatnya menulis lagu.

I KNEW YOU WERE TROUBLE Ditulis berdasarkan kisah cinta sementaranya bersama Harry Styles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.