BILA MEREKA JATUH CINTA

Mereka juga manusia biasa. Punya hati dan perasaan yang ingin mencintai dan dicintai. Ketahui bagaimana mereka meluahkan rasa cinta pada kekasih tersayang.

EH (Malaysia) - - Perihal Kasih -

Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Pasangan romantis Malaysia ini bagai pinang dibelah dua. Ketika Awal serius ingin menyatakan rasa cinta kepada wanita yang kini menjadi isterinya, Scha, dia membelikan pavlova yang menjadi kegemaran wanita itu hampir setiap hari!

P.Ramlee, Mariani dan Saloma

Seperti yang diketahui ramai, Mariani pernah menjalin hubungan cinta dengan P.Ramlee. Sebaik menyedari adiknya, seniwati Saloma juga turut mempunyai perasaan terhadap lelaki pujaan ramai itu, Mariani mengundur diri. Perkahwinan Saloma dan P.Ramlee bertahan hingga ke akhir usia kedua mereka. Saloma yang begitu murung akibat kematian suaminya sempat menyanyikan lagu terakhir ciptaan P.Ramlee berjudul Air Mata Kuala Lumpur. Dia meninggal beberapa tahun selepas pemergian P.Ramlee dan disemadikan bersebelahan kubur arwah suaminya.

Kanye West dan Kim Kardashian

Penyanyi rap ini mengambil inisiatif ekstrem ketika melamar Kim Kardashian dengan berlutut di tengahtengah stadium baseball AT&T. Situasi itu diserikan dengan dendangan orkestra secara langsung lagu Young and Beautiful. Kanye memberikan cincin berlian daripada Lorraine Schwartz yang berharga 16USD. Sebaik Kim berkata ya, bunga api dilepaskan penuh gemilang ke udara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.