TAJ MAHAL & CINTA

EH (Malaysia) - - Perihal Kasih -

Ada banyak perkara yang sanggup dilakukan manusia apabila kemaruk dilamun cinta!

Keindahan seni bina bangunan yang terletak di Agra, India ini menjadi salah satu antara 7 keajaiban dunia. Bukan hanya kerana hasil yang unik, malah kerana sejarah cinta disebalik pembinaannya. Pemerintah Agra, Shah Jahan pada tahun 1631 menitahkan agar membina bangunan yang tak terjangkau kecantikannya demi memperingati kekasih dan juga isteri kesayangan, Mumtaz Mahal yang mati ketika melahirkan anak mereka. Seramai 20,000 tenaga kerja diperlukan untuk membina Taj Mahal yang memakan masa selama 22 tahun untuk siap sepenuhnya. Kesemua bahan pembinaan datangnya daripada seluruh dunia, sebagai contoh batu jed dan kristal dari China, batu pasir merah daripada Punjab dan permata biru firus daripada Tibet. Sebanyak 28 bahan unik dan istimewa digunakan dalam pembinaan Taj Mahal.

TAJ MAH

AL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.