PERIHAL KASIH

Pelbagai tip, info dan cadangan untuk anda yang sedang mabuk kasih!

EH (Malaysia) - - Perihal Kasih -

Temujanji

Jadi kreatif! Skype antara yang paling digemari pasangan cinta jarak jauh. Dari situ kalian boleh ‘berjanji temu’ secara maya, namun masih dapat melihat gelak tawa dan perilakunya.

Hadiah

Kecanggihan dunia sekarang hanya di hujung jari. Jika anda ingin memberi si dia bunga, hanya telefon kedai bunga berdekatan tempat tinggalnya, buat pesanan serta bayar melalui

online. Namun, bagi mereka yang ingin membuat kelainan, boleh juga hantar kamera Polaroid edisi terbaru berserta sekeping gambar polaroid untuk dia tatap di kala rindu.

Aplikasi Telefon Pintar

Walau dimana anda dan dia berada, segala maklumat tentang diri dapat dikongsi berdua. Tanpa boleh dilihat orang lain, anda berdua dapat berbual mesra tanpa pengetahuan orang ramai, berkongsi gambar kenangan dan juga mengetahui jadual harian sesama anda berdua. Antara aplikasi popular untuk IOS dan Android adalah Avodaco, Long Distance dan juga Couple.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.