TUTI NOOR, DAYANG ATIKAH & RITA SURAYA

Bidang karier merapatkan hubungan mereka bertiga. Hottest BFF models ini antara wajah yangmenyambung legasi dunia modelling tempatan hari ini.

EH (Malaysia) - - Love Talk -

1 Bagaimana dan bila anda mula akrab?

Tuti: Pertama kali berjumpa Rita sewaktu penggambaran 5Star dan dari situ persahabatan mula terjalin. Berjumpa Atikah pula sewaktu bekerja untuk pementasan Lebaran Fashion Vanguard di Publika. Kemudian ketiga-tiga kami rapat semasa pertunjukan fesyen anjuran UiTM juga di Publika tahun 2012.

Dayang: Perjumpaan yang bukan dari tempat dan waktu yang sama walau bagaimanapun mula rapat sewaktu penggambaran bersama untuk majalah Glam tahun lalu.

Rita: Sebenarnya saya sudah mengenali Tuti sewaktu menjalani penggambaran satu majalah. Dari situ saya tertarik dengan gayanya dengan rambut unik dan dia sangat tinggi. Biarpun kami bertiga ditemukan di pertunjukan fesyen UiTM, tetapi saya sudah mengikuti Instagram Dayang Atikah kerana gayanya yang cool dan unik.

2 Apa yang membuatkan persahabatan anda bertiga lebih kuat?

Tuti: Persahabatan kami lebih erat pabila kesemuanya ikhlas. Auranya sangat bagus! Juga ia lebih erat pabila kami selesa untuk menghabiskan waktu bersama sehingga tidak sedar makin lama ia semakin akrab. Selebihnya, kami bertiga selalunya bersependapat. Bagi saya, Rita umpama kakak yang pendiam tapi cheeky dan suka ketawa, dan Atikah walaupun dia masih muda, tapi sebenarnya cara dia berfikir cukup matang walaupun kadang kala dia suka merengek. Rasa complete bila ada mereka berdua.

Dayang: Mungkin sebab kami sependapat. Bukan mudah untuk rapat pabila menceburi bidang yang sama. Macam competition. Tetapi kami tahu kelemahan masing-masing dan menyokong sesama sendiri. Saya sayangkan mereka berdua kerana sentiasa memahami.

Rita: Perbezaan usia dan karakter menjadikan persahabatan kami sempurna. Yang membuatkan kami lebih akrab kerana kami berkongsi pelbagai cerita dan dalam masa yang sama menyokong sesama sendiri. Mungkin juga sebab saya yang paling tua, dah macam kakak.

3 Pandangan anda terhadap sahabat :

Tuti: Bagi saya Rita seorang yang seksi,

cantik dan cheeky manakala Atikah pula

sharp, bold dan edgy. Dayang: Tuti seorang yang sangat kelakar. Saya menyukainya kerana dia sentiasa menjadi diri sendiri. Dia memberi banyak nasihat pabila mempunyai masalah, begitu juga dengan Rita. Kesimpulannya mereka berdua friendly dan sangat memahami.

Rita: Tuti seorang yang sweet, kelakar dan merendah diri manakala Atikah pula fierce,

easy going dan pemalu.

4 Perkara lain yang buat anda bertiga rapat?

Tuti: Berkongsi cita rasa yang sama. Tidak membeli barang yang terlalu mahal tapi tampak mewah. Kebelakangan ini saya perasan kami sering menggayakan baju

cropped dan baju longgar. Muzik pilihan pula, kami boleh menari pabila mendengar muzik indie. Selain itu kami pencinta rona hitam. Hitam umpama rona gembira!

Dayang: Kami parti bersama dan menyukai muzik yang sama seperti indie, electro indie contoh lagu Funk, Lana Del Rey, Rihanna dan Yuna.

Rita: Cita rasa kami berbeza. Susah hendak beri contoh sebab kadang kala kami bercakap fasal fesyen. Lebih mudah kalau saya katakan kami menggabungkan pendapat dan stail yang kami suka.

5 Apa yang boleh anda katakan tentang hubungan anda bertiga?

Tuti: Persahabatan menyimpulkan perihal emosi dan kelakuan seseorang. Ia juga merupakan satu cabang atau kelompok cinta yang berbeza. Secara peribadi, sebuah persahabatan itu sangat penting untuk dihargai. Merekalah yang akan menenangkan waktu sedih dan menerima anda dalam apa jua keadaan sekali pun. Sahabat juga akan sedia memaafkan sekiranya berlaku persengketaan.

Dayang: Persahabatan adalah mengenai kefahaman dan sokongan sesama sendiri. Sentiasa ada di dalam susah dan pabila mahukan pandangan.

Rita: Bagi saya kepercayaan, kasih, sayang serta keluhuran adalah penting dalam sebuah persahabatan mahupun rakan biasa. Yang penting tidak boleh dengki sesama sendiri kerana itu boleh ‘membunuh’ persahabatan lebih-lebih lagi kami bekerja dalam industri yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.