JALINAN USAHA SAMA KAO DENGA N USM

EH (Malaysia) - - Berita + acara cantik -

Kao menjalin usaha sama dengan Profesor Rabindarjeet Singh dan pasukannya dari Institut Perubatan dan Pergigian, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, untuk mengkaji sama ada pemakaian tuala wanita ultra nipis semasa haid dapat mengurangkan tekanan psikologi dan fisiologi semasa melakukan aktiviti fizikal. Haid sering dikaitkan dengan perasaan tidak menyenangkan yang ketara dan pemakaian tuala wanita semasa haid menyebabkan ketidakselesaan. Di Malaysia, ramai wanita Melayu menggunakan tuala wanita tebal semasa haid kerana tuntutan agama yang memerlukan mereka mencuci tuala wanita sebelum membuangnya. Hasil kajian ini mendapati pemakaian tuala wanita ultra nipis membantu mengurangkan tekanan psikologi dan fisiologi berbanding jenis maxi. Ia dapat membantu wanita untuk menjalani kehidupan dengan lebih cergas semasa datang haid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.